Friday, July 15, 2011

Kisah sang 'alim dan sang abid

♥ Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu ♥






Satu kisah menarik yang ingin ana kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini ana nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah.

Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.


=> SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

♥ Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.


=> SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

=> Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

# Satu entri yang agak panjang tetapi sangat bermanfaat... #
semoga pembaca sekalian di rahmati Allah swt ♥

Al-kahfi dan Penghulu segala Hari



‎==> Soal : Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumat ? :
Jawab : Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jum`at.

♥ Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :

~ Artinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an,
( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .

ِ~ Artinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya.
( H.R Baihaqi)


~ Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at.
( H.R Hakim didalam Mustadrak)

~Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

♥ Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.. ♥


✿ܓ Penyelamat dari Fitnah Terbesar ✿ܓ

Telah banyak riwayat sahih yang menegaskan khasiat agung surah al-Kahfi dalam menyelamatkan kaum muslimin daripada fitnah Dajjal yang akan muncul di akhir zaman.
Dengan izin dan kehendak Allah, fitnah Dajjal sebagai fitnah terbesar yang akan menimpa kehidupan manusia itu mampu diatasi dengan bacaan surah al-Kahfi terutama sepuluh ayat di awal surah atau sepuluh ayat di penghujungnya. Secara jelas, ini merupakan bukti kekuasaan Allah dan keajaiban surah al-Kahfi..

Imam Nawawi menyatakan, “Di awal surah al-Kahfi terdapat berbagai keajaiban dan tanda-tanda kekuasaan Allah. Siapa sahaja yang mentadabburinya (merenunginya), maka ia tidak akan terkena fitnah Dajjal. Demikian juga di akhir surah al-kahfi.


Firman Allah:

Maksudnya:

Maka Adakah orang-orang kafir menyangka Bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk Yang disembah, selain daripadaku, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
(Al-Kahfi 18 : 102)



::✿ܓ:: Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah Rasulullah saw ini.jom baca,harinikan hari JUMAAT =) ::✿ܓ::

Thursday, July 14, 2011

Ilmu itu perlu dikongsi

Assalamualaikum...


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




ilmu baru utk dikongsi bersama..

jazakallah / jazakillah khairan kasiran dijawab 
~ waiyyaka (utk laki2)
~ waiyyaki (utk perempuan)..
maknanya..
untuk kamu juga (doa kebaikan itu)
smoga bermanfaat utk kt semua..
syukran dijawab 'afwan..






Dalilnya:


قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ( من صنع إليه معروف فقال لفاعله : جزاك الله خيرا فقد أبلغ في الثناء )

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yg dibuat kebaikan/kebajikan kepadanya, maka dia berkata (berdoa) kepada pembuat (kebaikan/kebajikan) itu: JAZAKALLAHU KHAIRAHN (Smg Allah mmbalasmu dgn kebaikan yg terbaik), ssghnya dia telah berlebihan (ke arah kebaikan) dlm memuji atau berterima kasih"..

(Sahih Ibn Hibban, no hadith 3413, Sheikh Al-Arnaouth berkata Sanad Hadis ini sahih di atas syarat Imam Muslim)



Wallahua'lam

Aurat dan 'MUSLIMAH'

‎"Saudari, Masih Sempat Untuk Menutup Aurat" ✿ܓ





==> Ana tahu mesej dakwah tentang penjagaan aurat sudah terlalu banyak di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan dalam pelbagai ragam. Semuanya baik-baik belaka. Ana yakin ramai di antara kita tahu hukum menutup aurat itu wajib secara syari'e.

==> Tetapi, sedihnya masih ramai juga lagi yang tidak menutup aurat. Lihatlah di jalanan. Sebab itu diri ini rasa terpanggil untuk menambah, sekadar perkongsian tambahan daripada diri yang tidak seberapa ini...


✿ܓ Perintah Menutup Aurat ✿ܓ


==> Berkenaan aurat wanita, bukankah telah jelas disebut di dalam Al-Quran:

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu" (Al-Ahzab:59)


==> Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net) telah menjelaskan di dalam lamannya, bahawa jilbab ialah pakaian longgar semacam baju kurung. Allah memerintahkan agar ianya dilabuhkan kecuali apa yang terzahir:


وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


"..Dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya..." (An-Nur:31)


==> Sekali lagi ana mengambil dan meringkaskan ulasan Ustaz Zaharuddin melalui lamannya. Apa yang disebutkan sebagai "zahir" dalam ayat ini diperselisihkan 'ulama. Ada yang berpendapat yang zahir adalah muka dan tapak tangan sedangkan ada yang lebih tegas daripada itu (muka dan tangan pun aurat). Apa yang pasti, khumur (خمر) dalam ayat di atas ini bermaksud tudung dan juyub (جيوب) adalah jamak (plural) bagi perkataan jaibun (جيب), iaitu bermaksud belahan dada yang terbuka.


==> Ertinya, ayat nombor 31 daripada surah An-Nur ini menjelaskan akan wajibnya tudung yang dipakai untuk menutup kepala dan rambut itu dilabuhkan sampai menutupi dada. Ada banyak lagi dalil Al-Quran dan As-Sunnah berkaitan perintah menutup aurat serta adab berpakaian bagi wanita... nanti boleh cari dan fahamkan...


✿ܓ Layakkah Kita Melawan PerintahNya? ✿ܓ


Baik, perintah menutup aurat dengan sempurna itu terlalu jelas. Lantas apa sebabnya seseorang tidak mahu mematuhi perintah ini? Bukankah Allah ta'ala telah berfirman:


"Sesungguhnya Al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang lurus." (Al-Israk:9)


==> Bukankah berat padahnya jika kita meninggalkan perintah Allah ta'ala?


"Sesiapa yang mengikuti petunjukKu, maka dia tidak sesat dan celaka. Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatanKu maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta." (Taha: 123-124)


♥ Ana faham, bukan mudah menutup aurat. Menurut Sahabat ana dia boleh terasa panas benar bahangnya di siang hari walaupun tidak perlu memakai tudung dan berbaju labuh. Bagaimana agaknya perasaan muslimah yang bertudung? Apatah bagi mereka yang bertudung litup, masyaAllah. Sebab itu ana sangat kagum terhadap wanita muslimah yang bersungguh-sungguh untuk menutup aurat dengan sempurna. Serius ana katakan, ini bukan mudah, tetapi apa yang diwajibkan Allah mesti ditunaikan jua. Inilah contoh para mujahidah sejati... <-- INSYAALLAH


✿ܓ Doa ANA agar Allah mengganjarkan semua muslimah yang bermujahadah demi agamanya, kebahagiaan dan kebaikan serta rahmat yang melimpah-ruah, di dunia dan akhirat. Amin.


==> Tetapi, sayangnya masih ada juga wanita muslimah yang tidak bertudung dan mendedahkan aurat. Ada juga yang bertudung, itu sudah bagus, tetapi sayang masih nampak bentuk susuk tubuhnya, terdedah dadanya, nampak lengannya, terlihat sanggulnya, nampak lehernya, terlihat kakinya yang tidak berstokin atau lain-lain. Aurat mereka sebenarnya masih belum ditutup dengan sempurna... ---> (T_T)


✿ܓ ANA harap ini berlaku sebab mereka tidak tahu hukumnya, bukannya sengaja..


✿ܓ Ramai yang mengaku bahawa mereka tersilap dan cuba hendak berubah, silakan, semoga Allah merahmati. Tapi, ada juga yang memberi alasan, cuba berdolak-dalih mengetengahkan isu lain; mereka seakan tidak sedar bahawa agama ini tidak boleh dibina atas akal, falsafah ataupun humanisme. Agama ini dibina atas dalil dan bukti, di mana semuanya jelas menunjukkan wajibnya menutup aurat.


==> Membuka aurat, atau tidak menutupnya dengan sempurna sepertimana yang diperintahkan syarak, adalah haram hukumnya. Muktamad!


==> Sayang sekali, kalau kita sudah menjaga kefardhuan solat dan kewajiban-kewajiban lain dengan baik, tetapi kita mengingkari perintahNya dalam hal yang lain pula.. CONTOHNYA bab aurat... Wa'iyadzubillah.


==> Jika berbuat silap sesama manusia atau melanggar undang-undang duniawi, apabila sudah dibalas dengan adil, dihukum atau diselesaikan segalanya di dunia, di akhirat nanti ianya sudah terlangsai, tutup kes InsyaAllah. Tapi jika mengingkari Allah, ini hal besar. Di akhirat nanti baru perbicaraannya akan bermula...



✿ܓ Maaf sekiranya apa yang ditulis ada terkasar atau menyinggung hati. Niat ana hanya ingin menyampaikan yang haq, mengingatkan tentang apa yang pasti terjadi, untuk muhasabah diri ana sendiri yang jauh lebih banyak silapnya dan seterusnya kepada anda semua. Mesej ini tidak tertuju kepada sesiapa langsung. Ini nasihat umum...✿ܓ


✿ܓ Sesungguhnya manusia memang makhluk yang banyak silapnya, cepat terlalai, cepat terlupa, banyak alasannya dan banyak helahnya. Tapi Allah sentiasa beri peluang kepada kita agar bertaubat jika berbuat silap selagi mana hayat masih ada. Ini bonus istimewa, sepatutnya kita banyakkan bersyukur. Betapa Pengasihnya Allah. Betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa sayangnya Allah kepada kita ✿ܓ



♥ ♥ ♥ Semoga Allah membantu kita semua agar dapat bertaubat, menyesal lantas terus gigih bermujahadah dan beristiqamah dalam mentaati Allah dan RasulNya. Amin.. ♥ ♥ ♥
maafkan ANA atas segala kesilapan dan kekurangan entry kali ini...
"nasihatkan ana sentiasa" ♥

Wallahua'lam.

‎:: Mencari "Hassan Al-Banna" kedua ::


Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna..

Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.

Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya :

“Bilakah akan datangnya pertolongan Allah ?” Allah menjawab: “Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir..

Thursday, January 7, 2010

Tautan Hati

DOA RABITHAH



Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..